KECERGASAN
Kecergasan diri amat penting kepada manusia untuk menjamin kualiti hidup.Semakin cergas seseorang itu semakin bermaknalah hidup seseorang.Takrif hidup bermakna ini bukanlah berdasarkan kebahagiaan yang diperoleh semata-mata tetapi ianya juga berpunca daripada kehidupan harian yang cergas.Namun demikian tidak ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup cergas kerana mereka tidak tahu cara untuk mengekalkan kecergasan seharian.
CARA-CARA UNTUK MENGEKALKAN KECERGASAN
1.Bangun solat subuh berjemaah bagi mereka yang beragama Islam.Bagi mereka yang bukan Islam eloklah bangun sekitar jam 6 pagi.
2.Mandi selepas solat Subuh (lebih afdal mandi sebelum subuh)
3.Tidak tidur selepas solat Subuh.
4.Mengambil sarapan pagi antara pukul 6 pagi sehingga pukul 9 pagi.
5.Melakukan senaman ringan seperti menaiki tangga,menyapu,menjemur baju dan sebagainya.
6.Melakukan persetubuhan di waktu pagi bagi mereka yang telah berkahwin.
7.Tidur sekitar 5-20 minit sebelum masuk waktu zohor.Bagi mereka yang bukan Islam tidurlah antara pukul 12 tgh-2ptg dalam lingkungan 5-20 minit.Jangan melebihi kadar masa yang telah ditetapkan.Kurang tidak mengapa
8.Mengambil makan tengah hari.
9.Tidak tidur selepas waktu Asar.
10.Melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti Joging,bermain badminton dan sebagainya.
11.Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
12.Mengambil makan malam sebelum jam 8 malam.
13.Tidak tidur lebih daripada jam 12 tgh malam.
14.Mengambil susu , telur dan buahan-buahan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
15.Tidak mengambil dengan banyak makanan yang mengandungi lemak yang tinggi
16.Solat berjemaah bagi mereka yang beragama Islam.(jika kamu menjaga waktu kamu dengan Allah,nescaya Allah akan menjaga waktumu).
Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu saudara dan saudari untuk terus kekal cergas dalam kehidupan seharian agar dapat melahirkan kerja dan amal ibadah yang produktif.Seterusnya dapat menjadikan diri anda sebagai modal insan sebagai mana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian,Terima Kasih.
Wan Nazmi Solihin
Bekas Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Fakulti Sains dan Teknologi.
Kos Bioteknologi Pemakanan.



.jpg)
No comments:
Post a Comment