66 senarai produk bumiputera telah berjaya disenaraikan
1.A&W (Restoran)
2.Adabi (Makanan/Rempah)
3.Adilah (Sos)
4.Agromas (Makanan)
5.Al-Ikhsan (Kedai Sukan)
6.Alif (Sos/Minyak Masak)
7.Altel (Rangkaian Telekomunikasi)
8.Anggerek (Kopi)
9.Ayamas (Makanan)
10.Beras Era
11.Beras Nasional
12.Besta (Kamus Elektronik)
13.Bihun Era
14.Biomil (Susu)
15.BioSinar (Sabun basuh)
16.Cap Dua Badak (Kopi)
17.Cap Ketereh (Budu)
18.Dashing (Pewangi)
19.Elite (Pensil)
20.Enchanteur (Pewangi)
21.Faiza (Beras)
22.Gula Prai
23.Hacks (Gula-gula)
24.Halagel (Ubat gigi/Garam)
25.Hi-Goat (Susu/Kopi)
26.HPA (Kopi)
27.Jalen (Kicap/Kordial)
28.Jasmine (Beras)
29.King Cup (Sardin)
30.Kipas Udang (kicap)
31.Kopi Janda
32.Maduria (Minuman)
33.Mak Siti (Rempah/Jamu)
34.MH Mohd (Sos)
35.Mu'min (Ubat gigi)
36.Murtabak Raja
37.Mydin (Pasaraya)
38.Najwa (Ubat gigi/Sabun)
39.Omakane (Sosej segera makan)
40.Orang Kampung (Minuman)
41.Pelangi (Sos/Marjerin)
42.Pertima (Sardin/makanan tin)
43.Petani (Ubat)
44.Petronas (Stesen Minyak)
45.Petron (Stesen Minyak)
46.Proton (Kereta)
47.Radix (Kopi)
48.Ramly (Makanan/burger)
49.Rasamas (Restoran)
50.Safi (ubat gigi)
51.Saji (Minyak masak/Makanan/Mee Segera/Mayonis)
52.Secret Garden (Sabun)
53.Sumber Ayu (Sabun)
54.Sun Bear (Mantega kacang)
55.Sunquick (Minuman)
56.Taj Mahal (Beras)
57.Tamin (Kicap/Minuman)
58.Tutti Fruti (Yogurt)
59.Yusuf Taiyob (Kurma)
60.Gardenia (Roti)
61.KFC (Restoran)
62.Pizza Hut (Restoran)
63.Celcom (Rangkaian Telekomunikasi)
64.Manhattan Fish (Restoran)
65.Hang Tuah (Kopi)
66.Cadbury
Dan Banyak lagi jenama-jenama yang tidak sempat saya senaraikan.mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan.
-Nazmi-
Friday, 28 November 2014
Thursday, 27 November 2014
SLAM - MENTARI MUNCUL LAGI
Slam - Mentari Muncul lagi
Aku fikirkan
Mendung berterusan
Tapi kini
Mentari
Muncul lagi
Ku rasa
Kembali
Kehangatannya
Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan
Kerana
Cintaku padamu
Ku tak sanggup
Melihat
Kau tersiksa
Tuhan saja yang tahu
Perasaanku
Berperang
Dengan
Suasana
Hinggakan kuterpaksa
Meninggalkanmu
Kerana
Tak sanggup
Melihat kau menderita
Menyesalnya aku
Kerana menyangka
Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur tuhan
Masih sayang
Pada kita
Masih sayang
Masih
Pada kita
Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan
Kerana
Cintaku padamu
Ku tak sanggup
Melihat
Kau tersiksa
-Nazmi-Hamizah-
UKAYS - KAU SATU-SATUNYA
UKAYS - KAU SATU-SATUNYA
Oh
Siapalah diri
Aku ini
Tanpamu
Duniaku
Pasti tak
Berseri
Dan hidup
Tak menjadi
Kau bagiku
Satu-satunya
Padamulah
Ku meminta
Ku bermanja
Ku rindui
Ku kasihi
Di hatiku
Kau abadi
Dengan sinaran
Kasihmu
Kian terancang
Hidupku
Tiada lagi
Keraguan
Kau bagiku
Kekuatan
Mana jua
Ku berada
Ditemani
Cahya cinta
Sejak dirimu
Kudekati
Diriku ini
Ku kenali
Hanya engkaulah
Sesungguhnya
Tiada dua
Di cermin kaca
Ku memandang
Diriku serba
Kekurangan
Namun bagimu
Bukan itu
Jadi ukuran
Melengkapi
Hidup kita
Bukan harta
Bukan nama
Bukan rupa
Kau
Bagi diriku
Satu-satunya
Ku meminta
Ku bermanja
Ku rindui
Ku kasihi
Di hatiku
Kau abadi
Saturday, 18 October 2014
Sayangi Jantung Anda
SAYANGI JANTUNG ANDA


Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah(blood vessel) untuk dihantar ke seluruh anggota badan yang memerlukan oksigen dan nutrient(dibawa oleh darah).
Jantung terletak di bahagian tengah kekiri sedikit pada dada manusia.
Berat Jantung manusia sekitar 300-350g.
Bekalan oksigen dan nutrient yang cukup diperlukan oleh jantung.Ianya disalurkan melalui arteri koronari.Laluan arteri koronari yang tersumbat akan menghalang oksigen dan nutrient dihantar ke jantung.Hal demikian akan menjurus kepada penyakit jantung koronari.Penyakit ini seterusnya akan membawa kepada serangan jantung yang boleh membawa maut.
Simpton-simpton penyakit jantung koronari.
(a). Cengkaman yang kuat pada dada

(b).Berat pada dada
(c).Senak dada
(d).Sukar bernafas.
Jika terdapat tanda-tanda tersebut,segeralah berjumpa dengan doktor!
Yang belum mendapat simpton,cegahlah ia sebelum terlambat!!

Cara mencegah sakit jantung
(a).Berhenti merokok dan menjauhi diri anda dari perokok.
(b).Bersukan 3 kali seminggu selama 30 minit sekali buat.
(c).Elak mengambil alkohol
(d).Elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan yang berasaskan lemak haiwan:Burger,sup gear box,kuning telur
(e).Berfikiran positif dan menghindarkan diri daripada stress.
(f).Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang segar dari ladang.(elakkan makan buah yang dijual di pasaraya kerana ianya telah diracun,jika ingin makan,basuh dengan bersih)
(g).Elakkan minum teh dan kopi secara berlebihan kerana ianya boleh membesarkan salur darah seterusnya memaksa jantung bekerja keras untuk mengepam darah.
(h).Elakkan makan makanan yang masin secara berlebihan.
(i).Minum air masak 8 gelas sehari.
(j).mendapatkan nasihat daripada doktor.
Tuesday, 14 October 2014
REFLEKSI DR ROSLINA BT SURATNU
REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana telah berjaya membuat blog buat pertama kalinya dalam sejarah kehidupan.Buat terbitan yang pertama kali ini,saya secara peribadi ingin mengulas serba sedikit apa yang saya peroleh daripada pembelajaran subjek Kemahiran Belajar.Pensyarah saya Dr.Roslina Bt. Suratnu telah berusaha banyak dalam mendidik saya dan rakan-rakan.Jika baik dipujinya,jika salah ditegurnya secara berhemat.Oleh itu,ucapan terima kasih saya berikan kepada beliau atas segala ilmu dan teguran yang diberikan kepada saya.
Dalam mempelajari subjek Kemahiran Belajar,saya mendapati bahawa matlamat hidup perlulah diletakkan kepada diri kita mempunyai garis hidup yang jelas di samping dapat mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup.Sesiapa yang tidak mempunyai matlamat hidup ibarat layang-layang yang terputus talinya,tidak tahu ke mana arah yang ingin ditujui.Selain itu,saya mengetahui betapa pentingnya mengurus masa.Dengan mengurus masa,sesuatu hal ehwal kehidupan dapat berlaku dengan lancar tanpa bertembung dengan perkara-perkara yang lain.Dengan menjaga masa juga,banyak perkara yang kita boleh lakukan dalam masa satu hari seterusnya memandu kehidupan kita ke arah produktif.Di samping itu,saya juga dapat belajar tentang cara-cara meningkatkan daya ingatan.Penjagaan daya ingatan di masa belia amatlah penting kepada seseorang kerana ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit-penyakit yang berkaitan ingatan sewaktu tua seperti nyanyuk.
Pengajaran yang seterusnya,saya juga dapat mempelajari tentang bagaimana cara untuk mengelola sumber maklumat.Antaranya cara kita hendak mencari sesuatu maklumat.sesuatu maklumat itu boleh dicari sama ada melalui internet,rujukan di perpustakaan,membaca buku dan berdasarkan perkongsian oleh orang lain.Maklumat yang diterima pula perlulah ditafsirkan dengan teliti terlebih dahulu agar maklumat tersebut merupakan maklumat yang sahih dan betul.Hal demikian bagi mengelakkan kita menerima maklumat yang salah seterusnya disebarkan maklumat yang salah itu kepada orang lain.
Selain itu,saya juga dapat belajar tentang teknik-teknik membaca.Membaca bukanlah secara membabi buta,ianya juga terdapat kaedah-kaedahnya yang tersendiri.Ianya bergantung kepada kesesuaian masa dan kandungan bahan bacaan.Jika masa tidak mengizinkan dan bahan yang perlu dibaca itu banyak,maka teknik pembacaan cepat atau Speed Reading Technique diperlukan.Jikalau sebaliknya,maka seseorang itu bolehlah menggunakan teknik pembacaan perlahan di mana pembaca agar apa yang terkandung dalam bahan bacaan itu dapat difahami dengan jelas dan teliti.
Di samping itu,saya juga turut mempelajari tentang kemahiran membuat nota.Bab inilah yang banyak memberi cetusan idea kepada saya dalam membuat perbentangan di hadapan kelas.Hal demikian kerana nota itu perlulah dibuat secara ringkas,padat dan merangkumi segala skop bagi menjelaskan kepada orang lain ketika saya membuat perbentangan.Selain itu,saya juga dapat mempelajari alat-alat berfikir dalam membuat nota.Perkara ini juga turut membantu perbentangan saya kerana nota yang dibuat dipersembahkan dalam bentuk yang menarik dengan menggunakan alat-alat membuat nota agar dapat mencuri perhatian orang yang menyaksikan pembentangan saya.
Seterusnya,saya juga turut mempelajari serba sedikit mengenai komputer dan komponen-komponen yang terdapat di dalamnya.Saya juga turut mempelajari fungsi-fingsi bagi komponen tersebut.Hal demikian amatlah penting untuk saya ketahui kerana fungsi komputer itu yang pelbagai antaranya komunikasi,membuat kerja,mengawal sesuatu sistem dan banyak lagi.Kepada sesiapa yang mengabaikan penggunaan komputer boleh diibarat mengabaikan kemodenan dalam kehidupan serta digelar buta IT.Dalam bab aplikasi penggunaan perisian komputer,segala software-software yang penting dalam komputer diceritakan kepada saya.Oleh itu,saya dapat memanfaatkan sebaik mungkin fungsi software tersebut dalam membuat tugasan saya sebagai seorang guru.Tambahan pula,kementerian pendidikan juga turut mengesyorkan kepada tenaga pelajar agar penggunaan komputer ini diadakan secara meluas di sekolah-sekolah,selaras dengan Dasar kurikulum negara yang menekankan penggunaan teknologi maklumat.
Kesimpulannya,subjek kemahiran belajar banyak memberikan input-input baru dan berguna kepada saya.Saya berharap ilmu-ilmu yang diperolehi ini dapat diaplikasikan kepada anak-anak murid saya kelak agar membantu pembelajaran mereka.Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)