Thursday, 26 March 2015

Ceramah Ustaz Afiq Farhan USIM

Ustaz Afiq Farhan
maza yakni
25/3/2015
MUKADIMAH
-mohon kepada Allah supaya dalam diri kita d jauhkan dr kburukan.. mngpa sbb kita hamba allah...
-kita kna rendah diri...dia bkn satu kehinaan tapi satu kemulian...
-bila kita minta sesuatu dr org kita kena bersih dr pndangan org kpd kita.(keburukan)
-bila kita nak mnta dgn allah kita kena bersih...
-sebelum mnta sesuatu kpd allah kita kena solat taubat...
-siapa tau diri kita kotor...bnyak mksiat..
-istigfar,solat taubat.. pohon hjt..
-knpa kita kena mnta... sbb kita fakir,miskin,
maka kita mnta kpd yg kaya.. yg mha kaya adalah allah.. jadi kita mnta pada allah.
-ada perkara allah nak bg dan ada allah x nak bg.
-brng siapa yg allah nak bg hidayah xda siapa yg blh mnystkannya,
-tp kalau allah mnyesatkan kita.. xda siapa yg blh bg hidayah pada kita..
-kita kena mnta pada allah.. diri kena bersih... mntalah hidayah pada allah,allah akan bg hidayah lbih..kerna allah lg sygkn kita
-bila mana kita sesat,jgn plk kita x  mmnta.. pada allah.kita kena mnta juga.

#kadang2 manusia mnng dan kalah pada nafsu.
-iman manusia mngkat dan brkrng..
-berblik pada al quran ..dan apabila d bckan kalimah allah kpd mreka brgtr lah hati2 mereka..mnnjukkan mereka dlm klngan org beriman..(ayat ini mnnjukkan hti kita beriman atau x)
-yg hanya dpt cek diri kita adalah kita..
-bila kita kenal dri kita,kita kenal siapa tuhan kita.
-org hari ini ramai yg tggelam pada dunia...krna dia x knl diri kita..
-mencuri,merokok adalah  prkara yg merosakan diri dan mnjahanamkan diri kita..
-kita buat allah srh dan tggal yg d lrng..

-dan apabila d bckan ayat quran,kpd og briman bertmbh iman mereka..
-org yg beriman,taat pada allah hatinya akan bergtr.
-bila mana allah hadirkan diri kita pada mjlis ilmu,allah sygkan kita
-bila mana kmu jln..kamu nmpk taman2 syurga..(majlis ilmu)halaqah yg ingtkan kamu pada allah. singgahlahh..(analogi makan free d kedai makn)
-ada kesungguhan kita ke sana...
-ramai mnusia tahu allah tuhan dan dia hmba..tp xramai manusia sedar yg dia tu hamba dan allah itu tuhan dia..

Taman2 syurga...
-mjlis zikir,majlis ilmu dan mjlis yg bncng tntng kfhman agama.(fhmkan ilmu)
-pengakhiran kamu ada dua.. taman2 syurga atau lubang neraka..
-kalau hari ini kamu dah biasa dgn taman syurga.. kamu akan kesana juga pada alam barzakh..
-kalau hari ini kita buat maksiat,kita akan mati dlm maksiat...
-kita ingat rasul,kita akan ingt allah...

KAWAL DIRI
-Hadirkan diri pada taman syurga
-kena tahu,mahu ke taman syurga..
-bila cerita pasal hati, hati yg perlu kita bina adalah hati yg sejahtera.... buat apa allah suruh...
-kita akan jumpa allah dgn hati suka..

3 JENIS HATI
1.HATI yg mati(xda chya ilahi dan ilmu) x dpt bezakan mana benar dan mana salah
-cth:kita ajak jom solat,dia jawab perlukah solat?
Ya allah tjukkan aku jaln yg benar,dekatlhaku pada yg bnr...
tunjukkan aku yg batil dan jauhkan aku dari yg batil.
-yg benar itu batil dan yg btil itu benar.. pandangan manusia hari ini.
-jgn kamu mncmpurkan benar dan kebatilan..jngn kmu tukar yg batil kpd yg benar..

2.HATI YG SAKIT
-hati yg mudah buat maksiat
-ubat yg mujarab adalah al quran dan mnta pada allah supaya sihat juga perlu.
-bismillahillazi ada doa (ustaz haron din)
-naluri org mukmin biasa nya btul.
-bila mana dia d nasihati,DIA x blh d trima...dia rasa dia di hina... jadi kmbli amik quran sucikan hati..solat taubat..
-bila mana ada org mnta nasihat,kita wajib bg..
-

3.HATI YG sejahtera
-bila org buat mksiat hti,dia buat salah ...hati dia x tenang...
-sedar kebesaran allah....
-dia rela d bnci oleh sgala makhluk asal allah sukai dia..

kawal diri, kawal nafsu..

penulis..al fakir...
wallahualam

Shazril
Pelajar IPGKBM
Semester 5 (2015)
Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Wednesday, 25 March 2015

CARA MENGEKALKAN KECERGASAN DIRI

KECERGASAN

  Kecergasan diri amat penting kepada manusia untuk menjamin kualiti hidup.Semakin cergas seseorang itu semakin bermaknalah hidup seseorang.Takrif hidup bermakna ini bukanlah berdasarkan kebahagiaan yang diperoleh semata-mata tetapi ianya juga berpunca daripada kehidupan harian yang cergas.Namun demikian tidak ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup cergas kerana mereka tidak tahu cara untuk mengekalkan kecergasan seharian.



CARA-CARA UNTUK MENGEKALKAN KECERGASAN


1.Bangun solat subuh berjemaah bagi mereka yang beragama Islam.Bagi mereka yang bukan Islam eloklah bangun sekitar jam 6 pagi.



2.Mandi selepas solat Subuh (lebih afdal mandi sebelum subuh)

3.Tidak tidur selepas solat Subuh.

4.Mengambil sarapan pagi antara pukul 6 pagi sehingga pukul 9 pagi.

5.Melakukan senaman ringan seperti menaiki tangga,menyapu,menjemur baju dan sebagainya.

6.Melakukan persetubuhan di waktu pagi bagi mereka yang telah berkahwin.

7.Tidur sekitar 5-20 minit sebelum masuk waktu zohor.Bagi mereka yang bukan Islam tidurlah antara pukul 12 tgh-2ptg dalam lingkungan 5-20 minit.Jangan melebihi kadar masa yang telah ditetapkan.Kurang tidak mengapa



8.Mengambil makan tengah hari.

9.Tidak tidur selepas waktu Asar.

10.Melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti Joging,bermain badminton dan sebagainya.

11.Puasa pada hari Isnin dan Khamis.

12.Mengambil makan malam sebelum jam 8 malam.

13.Tidak tidur lebih daripada jam 12 tgh malam.

14.Mengambil susu , telur dan buahan-buahan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.




15.Tidak mengambil dengan banyak makanan yang mengandungi lemak yang tinggi

16.Solat berjemaah bagi mereka yang beragama Islam.(jika kamu menjaga waktu kamu dengan Allah,nescaya Allah akan menjaga waktumu).



Diharapkan dengan tips-tips di atas dapat membantu saudara dan saudari untuk terus kekal cergas dalam kehidupan seharian agar dapat melahirkan kerja dan amal ibadah yang produktif.Seterusnya dapat menjadikan diri anda sebagai modal insan sebagai mana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian,Terima Kasih.

Wan Nazmi Solihin
Bekas Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Fakulti Sains dan Teknologi.
Kos Bioteknologi Pemakanan.

Friday, 28 November 2014

66 SENARAI PRODUK BUMIPUTERA

66 senarai produk bumiputera telah berjaya disenaraikan

1.A&W (Restoran)

2.Adabi (Makanan/Rempah)

3.Adilah (Sos)

4.Agromas (Makanan)

5.Al-Ikhsan (Kedai Sukan)

6.Alif (Sos/Minyak Masak)

7.Altel (Rangkaian Telekomunikasi)

8.Anggerek (Kopi)

9.Ayamas (Makanan)

10.Beras Era

11.Beras Nasional

12.Besta (Kamus Elektronik)

13.Bihun Era

14.Biomil (Susu)

15.BioSinar (Sabun basuh)

16.Cap Dua Badak (Kopi)

17.Cap Ketereh (Budu)

18.Dashing (Pewangi)

19.Elite (Pensil)

20.Enchanteur (Pewangi)

21.Faiza (Beras)

22.Gula Prai

23.Hacks (Gula-gula)

24.Halagel (Ubat gigi/Garam)

25.Hi-Goat (Susu/Kopi)

26.HPA (Kopi)

27.Jalen (Kicap/Kordial)

28.Jasmine (Beras)

29.King Cup (Sardin)

30.Kipas Udang (kicap)

31.Kopi Janda

32.Maduria (Minuman)

33.Mak Siti (Rempah/Jamu)

34.MH Mohd (Sos)

35.Mu'min (Ubat gigi)

36.Murtabak Raja

37.Mydin (Pasaraya)

38.Najwa (Ubat gigi/Sabun)

39.Omakane (Sosej segera makan)

40.Orang Kampung (Minuman)

41.Pelangi (Sos/Marjerin)

42.Pertima (Sardin/makanan tin)

43.Petani (Ubat)

44.Petronas (Stesen Minyak)

45.Petron (Stesen Minyak)

46.Proton (Kereta)

47.Radix (Kopi)

48.Ramly (Makanan/burger)

49.Rasamas (Restoran)

50.Safi (ubat gigi)

51.Saji (Minyak masak/Makanan/Mee Segera/Mayonis)

52.Secret Garden (Sabun)

53.Sumber Ayu (Sabun)

54.Sun Bear (Mantega kacang)

55.Sunquick (Minuman)

56.Taj Mahal (Beras)

57.Tamin (Kicap/Minuman)

58.Tutti Fruti (Yogurt)

59.Yusuf Taiyob (Kurma)

60.Gardenia (Roti)

61.KFC (Restoran)

62.Pizza Hut (Restoran)

63.Celcom (Rangkaian Telekomunikasi)

64.Manhattan Fish (Restoran)

65.Hang Tuah (Kopi)

66.Cadbury

Dan Banyak lagi jenama-jenama yang tidak sempat saya senaraikan.mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan.

-Nazmi-


Thursday, 27 November 2014

SLAM - MENTARI MUNCUL LAGI

Slam - Mentari Muncul lagi

Aku fikirkan
Mendung berterusan
Tapi kini
Mentari 
Muncul lagi
Ku rasa
Kembali
Kehangatannya
Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan
Kerana
Cintaku padamu
Ku tak sanggup
Melihat
Kau tersiksa

Tuhan saja yang tahu
Perasaanku
Berperang
Dengan
Suasana
Hinggakan kuterpaksa
Meninggalkanmu
Kerana
Tak sanggup
Melihat kau menderita
Menyesalnya aku
Kerana menyangka
Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur tuhan
Masih sayang
Pada kita
Masih sayang
Masih
Pada kita

Maafkan aku
Meninggalkanmu
Itu kulakukan
Kerana
Cintaku padamu
Ku tak sanggup
Melihat
Kau tersiksa

-Nazmi-Hamizah-

UKAYS - KAU SATU-SATUNYA

UKAYS - KAU SATU-SATUNYA

Oh
Siapalah diri
Aku ini
Tanpamu
Duniaku
Pasti tak
Berseri
Dan hidup
Tak menjadi

Kau bagiku
Satu-satunya
Padamulah
Ku meminta
Ku bermanja
Ku rindui
Ku kasihi
Di hatiku
Kau abadi

Dengan sinaran
Kasihmu
Kian terancang
Hidupku
Tiada lagi
Keraguan
Kau bagiku
Kekuatan
Mana jua
Ku berada
Ditemani
Cahya cinta

Sejak dirimu
Kudekati
Diriku ini 
Ku kenali
Hanya engkaulah
Sesungguhnya
Tiada dua
Di cermin kaca
Ku memandang
Diriku serba
Kekurangan
Namun bagimu
Bukan itu
Jadi ukuran
Melengkapi
Hidup kita
Bukan harta
Bukan nama
Bukan rupa

Kau
Bagi diriku
Satu-satunya
Ku meminta
Ku bermanja
Ku rindui
Ku kasihi
Di hatiku
Kau abadi


Saturday, 18 October 2014

Sayangi Jantung Anda

SAYANGI JANTUNG ANDA


Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah(blood vessel) untuk dihantar ke seluruh anggota badan yang memerlukan oksigen dan nutrient(dibawa oleh darah).

Jantung terletak di bahagian tengah kekiri sedikit pada dada manusia.

Berat Jantung manusia sekitar 300-350g.

Bekalan oksigen dan nutrient yang cukup diperlukan oleh jantung.Ianya disalurkan melalui arteri koronari.Laluan arteri koronari yang tersumbat akan menghalang oksigen dan nutrient dihantar ke jantung.Hal demikian akan menjurus kepada penyakit jantung koronari.Penyakit ini seterusnya akan membawa kepada serangan jantung yang boleh membawa maut.

Simpton-simpton penyakit jantung koronari.

(a). Cengkaman yang kuat pada dada

(b).Berat pada dada
(c).Senak dada
(d).Sukar bernafas.

Jika terdapat tanda-tanda tersebut,segeralah berjumpa dengan doktor!

Yang belum mendapat simpton,cegahlah ia sebelum terlambat!!


Cara mencegah sakit jantung

(a).Berhenti merokok dan menjauhi diri anda dari perokok.
(b).Bersukan 3 kali seminggu selama 30 minit sekali buat.
(c).Elak mengambil alkohol
(d).Elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan yang berasaskan lemak haiwan:Burger,sup gear box,kuning telur
(e).Berfikiran positif dan menghindarkan diri daripada stress.
(f).Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran yang segar dari ladang.(elakkan makan buah yang dijual di pasaraya kerana ianya telah diracun,jika ingin makan,basuh dengan bersih)
(g).Elakkan minum teh dan kopi secara berlebihan kerana ianya boleh membesarkan salur darah seterusnya memaksa jantung bekerja keras untuk mengepam darah.
(h).Elakkan makan makanan yang masin secara berlebihan.
(i).Minum air masak 8 gelas sehari.
(j).mendapatkan nasihat daripada doktor.

Tuesday, 14 October 2014

REFLEKSI DR ROSLINA BT SURATNU


REFLEKSI



    Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana telah berjaya membuat blog buat pertama kalinya dalam sejarah kehidupan.Buat terbitan yang pertama kali ini,saya secara peribadi ingin mengulas serba sedikit apa yang saya peroleh daripada pembelajaran subjek Kemahiran Belajar.Pensyarah saya Dr.Roslina Bt. Suratnu telah berusaha banyak dalam mendidik saya dan rakan-rakan.Jika baik dipujinya,jika salah ditegurnya secara berhemat.Oleh itu,ucapan terima kasih saya berikan kepada beliau atas segala ilmu dan teguran yang diberikan kepada saya.

     Dalam mempelajari subjek Kemahiran Belajar,saya mendapati bahawa matlamat hidup perlulah diletakkan kepada diri kita mempunyai garis hidup yang jelas di samping dapat mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup.Sesiapa yang tidak mempunyai matlamat hidup ibarat layang-layang yang terputus talinya,tidak tahu ke mana arah yang ingin ditujui.Selain itu,saya mengetahui betapa pentingnya mengurus masa.Dengan mengurus masa,sesuatu hal ehwal kehidupan dapat berlaku dengan lancar tanpa bertembung dengan perkara-perkara yang lain.Dengan menjaga masa juga,banyak perkara yang kita boleh lakukan dalam masa satu hari seterusnya memandu kehidupan kita ke arah produktif.Di samping itu,saya juga dapat belajar tentang cara-cara meningkatkan daya ingatan.Penjagaan daya ingatan di masa belia amatlah penting kepada seseorang kerana ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit-penyakit yang berkaitan ingatan sewaktu tua seperti nyanyuk.

     Pengajaran yang seterusnya,saya juga dapat mempelajari tentang bagaimana cara untuk mengelola sumber maklumat.Antaranya cara kita hendak mencari sesuatu maklumat.sesuatu maklumat itu boleh dicari sama ada melalui internet,rujukan di perpustakaan,membaca buku dan berdasarkan perkongsian oleh orang lain.Maklumat yang diterima pula perlulah ditafsirkan dengan teliti terlebih dahulu agar maklumat tersebut merupakan maklumat yang sahih dan betul.Hal demikian bagi mengelakkan kita menerima maklumat yang salah seterusnya disebarkan maklumat yang salah itu kepada orang lain.

         Selain itu,saya juga dapat belajar tentang teknik-teknik membaca.Membaca bukanlah secara membabi buta,ianya juga terdapat kaedah-kaedahnya yang tersendiri.Ianya bergantung kepada kesesuaian masa dan kandungan bahan bacaan.Jika masa tidak mengizinkan dan bahan yang perlu dibaca itu banyak,maka teknik pembacaan cepat atau Speed Reading Technique diperlukan.Jikalau sebaliknya,maka seseorang itu bolehlah menggunakan teknik pembacaan perlahan di mana pembaca agar apa yang terkandung dalam bahan bacaan itu dapat difahami dengan jelas dan teliti.

     Di samping itu,saya juga turut mempelajari tentang kemahiran membuat nota.Bab inilah yang banyak memberi cetusan idea kepada saya dalam membuat perbentangan di hadapan kelas.Hal demikian kerana nota itu perlulah dibuat secara ringkas,padat dan merangkumi segala skop bagi menjelaskan kepada orang lain ketika saya membuat perbentangan.Selain itu,saya juga dapat mempelajari alat-alat berfikir dalam membuat nota.Perkara ini juga turut membantu perbentangan saya kerana nota yang dibuat dipersembahkan dalam bentuk yang menarik dengan menggunakan alat-alat membuat nota agar dapat mencuri perhatian orang yang menyaksikan pembentangan saya.

    Seterusnya,saya juga turut mempelajari serba sedikit mengenai komputer dan komponen-komponen yang terdapat di dalamnya.Saya juga turut mempelajari fungsi-fingsi bagi komponen tersebut.Hal demikian amatlah penting untuk saya ketahui kerana fungsi komputer itu yang pelbagai antaranya komunikasi,membuat kerja,mengawal sesuatu sistem dan banyak lagi.Kepada sesiapa yang mengabaikan penggunaan komputer boleh  diibarat mengabaikan kemodenan dalam kehidupan serta digelar buta IT.Dalam bab aplikasi penggunaan perisian komputer,segala software-software yang penting dalam komputer diceritakan kepada saya.Oleh itu,saya dapat memanfaatkan sebaik mungkin fungsi software tersebut dalam membuat tugasan saya sebagai seorang guru.Tambahan pula,kementerian pendidikan juga turut mengesyorkan kepada tenaga pelajar agar penggunaan komputer ini diadakan secara meluas di sekolah-sekolah,selaras dengan Dasar kurikulum negara yang menekankan penggunaan teknologi maklumat.

    Kesimpulannya,subjek kemahiran belajar banyak memberikan input-input baru dan berguna kepada saya.Saya berharap ilmu-ilmu yang diperolehi ini dapat diaplikasikan kepada anak-anak murid saya  kelak agar membantu pembelajaran mereka.Sekian.