Tuesday, 14 October 2014
REFLEKSI DR ROSLINA BT SURATNU
REFLEKSI
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana telah berjaya membuat blog buat pertama kalinya dalam sejarah kehidupan.Buat terbitan yang pertama kali ini,saya secara peribadi ingin mengulas serba sedikit apa yang saya peroleh daripada pembelajaran subjek Kemahiran Belajar.Pensyarah saya Dr.Roslina Bt. Suratnu telah berusaha banyak dalam mendidik saya dan rakan-rakan.Jika baik dipujinya,jika salah ditegurnya secara berhemat.Oleh itu,ucapan terima kasih saya berikan kepada beliau atas segala ilmu dan teguran yang diberikan kepada saya.
Dalam mempelajari subjek Kemahiran Belajar,saya mendapati bahawa matlamat hidup perlulah diletakkan kepada diri kita mempunyai garis hidup yang jelas di samping dapat mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup.Sesiapa yang tidak mempunyai matlamat hidup ibarat layang-layang yang terputus talinya,tidak tahu ke mana arah yang ingin ditujui.Selain itu,saya mengetahui betapa pentingnya mengurus masa.Dengan mengurus masa,sesuatu hal ehwal kehidupan dapat berlaku dengan lancar tanpa bertembung dengan perkara-perkara yang lain.Dengan menjaga masa juga,banyak perkara yang kita boleh lakukan dalam masa satu hari seterusnya memandu kehidupan kita ke arah produktif.Di samping itu,saya juga dapat belajar tentang cara-cara meningkatkan daya ingatan.Penjagaan daya ingatan di masa belia amatlah penting kepada seseorang kerana ianya dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit-penyakit yang berkaitan ingatan sewaktu tua seperti nyanyuk.
Pengajaran yang seterusnya,saya juga dapat mempelajari tentang bagaimana cara untuk mengelola sumber maklumat.Antaranya cara kita hendak mencari sesuatu maklumat.sesuatu maklumat itu boleh dicari sama ada melalui internet,rujukan di perpustakaan,membaca buku dan berdasarkan perkongsian oleh orang lain.Maklumat yang diterima pula perlulah ditafsirkan dengan teliti terlebih dahulu agar maklumat tersebut merupakan maklumat yang sahih dan betul.Hal demikian bagi mengelakkan kita menerima maklumat yang salah seterusnya disebarkan maklumat yang salah itu kepada orang lain.
Selain itu,saya juga dapat belajar tentang teknik-teknik membaca.Membaca bukanlah secara membabi buta,ianya juga terdapat kaedah-kaedahnya yang tersendiri.Ianya bergantung kepada kesesuaian masa dan kandungan bahan bacaan.Jika masa tidak mengizinkan dan bahan yang perlu dibaca itu banyak,maka teknik pembacaan cepat atau Speed Reading Technique diperlukan.Jikalau sebaliknya,maka seseorang itu bolehlah menggunakan teknik pembacaan perlahan di mana pembaca agar apa yang terkandung dalam bahan bacaan itu dapat difahami dengan jelas dan teliti.
Di samping itu,saya juga turut mempelajari tentang kemahiran membuat nota.Bab inilah yang banyak memberi cetusan idea kepada saya dalam membuat perbentangan di hadapan kelas.Hal demikian kerana nota itu perlulah dibuat secara ringkas,padat dan merangkumi segala skop bagi menjelaskan kepada orang lain ketika saya membuat perbentangan.Selain itu,saya juga dapat mempelajari alat-alat berfikir dalam membuat nota.Perkara ini juga turut membantu perbentangan saya kerana nota yang dibuat dipersembahkan dalam bentuk yang menarik dengan menggunakan alat-alat membuat nota agar dapat mencuri perhatian orang yang menyaksikan pembentangan saya.
Seterusnya,saya juga turut mempelajari serba sedikit mengenai komputer dan komponen-komponen yang terdapat di dalamnya.Saya juga turut mempelajari fungsi-fingsi bagi komponen tersebut.Hal demikian amatlah penting untuk saya ketahui kerana fungsi komputer itu yang pelbagai antaranya komunikasi,membuat kerja,mengawal sesuatu sistem dan banyak lagi.Kepada sesiapa yang mengabaikan penggunaan komputer boleh diibarat mengabaikan kemodenan dalam kehidupan serta digelar buta IT.Dalam bab aplikasi penggunaan perisian komputer,segala software-software yang penting dalam komputer diceritakan kepada saya.Oleh itu,saya dapat memanfaatkan sebaik mungkin fungsi software tersebut dalam membuat tugasan saya sebagai seorang guru.Tambahan pula,kementerian pendidikan juga turut mengesyorkan kepada tenaga pelajar agar penggunaan komputer ini diadakan secara meluas di sekolah-sekolah,selaras dengan Dasar kurikulum negara yang menekankan penggunaan teknologi maklumat.
Kesimpulannya,subjek kemahiran belajar banyak memberikan input-input baru dan berguna kepada saya.Saya berharap ilmu-ilmu yang diperolehi ini dapat diaplikasikan kepada anak-anak murid saya kelak agar membantu pembelajaran mereka.Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment